PERSATUAN PELAJAR MALAYSIA
CORK (PPMC)
BAB I
PENGENALAN
1.1 Sejarah Ringkas
Nama
persatuan ini ialah Persatuan Pelajar Malaysia Cork (PPMC). Nama asal persatuan
ialah Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland Cork (PPIMIC). PPIMIC ditubuhkan
secara rasmi pada tahun 1998 di Cork.
1.2 Logo Persatuan
Logo Persatuan terdiri
daripada 2 bulatan besar; satu bulatan di luar mengandungi nama penuh persatuan
dan satu bulatan di dalam yang lebih kecil.
Di tengah bulatan kedua,
terdapat 8 pasang bulatan kecil dan bulan sabit yang disusun secara bulatan melambangkan
8 orang yang membuat bulatan serta mengangkat dan berpegangan tangan. Ia
menjadi simbolik kepada perpaduan yang menjadi prinsip utama persatuan. Warna
hitam, kelabu dan putih yang digunakan untuk simbol ini menunjukkan ahli-ahli
persatuan terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.
Warna biru melambangkan
perpaduan dan keamanan manakala warna kuning pula ditafsirkan sebagai
intelektualiti kerana persatuan ini menggabungkan para intelektual yang bakal
menyumbang ke arah kemajuan negara.
Logo Persatuan Pelajar Malaysia
Cork
BAB II
PERLEMBAGAAN
2.1 Nama
Nama
penuh pertubuhan ini ialah "Persatuan Pelajar Malaysia Cork"
ringkasnya "PPMC", dan di dalam perlembagaan ini disebut sebagai
"Persatuan".
2.2 Alamat
Persatuan
ini akan berpusat di Cork, Ireland.
2.3 Cogan Kata
Cogan
kata Persatuan Pelajar Malaysia Cork ialah "Menjadi Insan Yang Memberi”
2.4 Tujuan-tujuan
2.4.1
Menyatukan pelajar-pelajar Malaysia
di Cork tanpa mengira bangsa dan agama di bawah satu badan.
2.4.2
Untuk mengambil langkah-langkah dan
tindakan-tindakan yang wajar bagi membela dan menjaga kepentingan orang-orang
Malaysia pada keseluruhannya.
2.4.3
Untuk mengambil langkah-langkah dan
tindakan-tindakan yang wajar bagi menimbulkan rasa perpaduan pelajar-pelajar
Malaysia Cork.
2.4.4
Untuk menyediakan medium kepada
para pelajar untuk terlibat dalam program-program yang bersifat kemasyarakatan.
2.4.5
Untuk melatih pelajar-pelajar dalam
berorganisasi dan segala perkara yang berkaitan dengan pengurusan persatuan.
2.4.6
Untuk mengambil langkah-langkah
lain yang tidak tersebut di atas bagi menguatkan Persatuan ini.
2.5 Keahlian
Keahlian
PPMC ini akan terdiri daripada 2 golongan:
2.5.1
Ahli Biasa
Ahli Biasa terbuka kepada pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut
di Cork.
2.5.2
Ahli Bersekutu.
Ahli Bersekutu terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang
bukan berstatus pelajar yang menetap di Cork dan kawasan-kawasan yang
berdekatan, mereka berhak mengundi tetapi tidak berhak menyandang jawatan.
2.6 Permohonan Menjadi Ahli
Semua
permohonan menjadi ahli mestilah dibuat dengan mengisi borang keahlian.
Jawatankuasa Kerja Persatuan berhak menolak sesuatu permohonan dengan
mengemukakan alasan yang berpatutan dan munasabah.
2.7 Yuran Keahlian
Yuran
tahunan untuk ahli adalah berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Agung Tahunan
setiap tahun.
2.8 Penggantungan dan Perlucutan
Keahlian
Jawatankuasa
Kerja mempunyai kuasa untuk memberi amaran bagi menggantung atau melucutkan
keanggotaan mana-mana ahli yang melanggar Perlembagaan Persatuan. Sekiranya
Jawatankuasa Kerja mengambil keputusan ini, maka ahli yang berkenaan akan
diberitahu tentang hal tersebut menyatakan sebab-sebabnya dan memberi peluang
kepada ahli untuk mengemukakan kesnya, setelah mana keputusan Jawatankuasa Kerja
adalah muktamad.
2.9 Berhenti daripada Menjadi Ahli
Seseorang
ahli berhak berhenti daripada menjadi ahli dengan dengan menghantar surat kepada
Setiausaha.
2.10 Mesyuarat
Mesyuarat
persatuan ini terdiri daripada:
2.10.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
2.10.2 Mesyuarat Agung Tahunan
2.10.3 Mesyuarat Agung Tergempar
2.10.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja mesti diadakan
sekurang-kurangnya 2 bulan sekali. Mesyuarat akan dipengerusikan oleh Presiden
Persatuan atau salah seorang ahli Jawatankuasa Kerja yang dipersetujui.
2.10.2 Mesyuarat Agung Tahunan
Tarikh Mesyuarat Agung Tahunan akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Kerja mengikut kesesuaian dan keperluan. Mesyuarat mesti diadakan
selewat-lewatnya empat bulan selepas ketibaan pelajar baru. Notis mesyuarat
hendaklah disebarkan kepada ahli-ahli sekurang-kurangnya 3 hari sebelum
mesyuarat diadakan.
2.10.3 Mesyuarat Agung Tergempar
Mesyuarat Agung Tergempar akan dipanggil oleh Setiausaha
sekiranya berbangkit perkara-perkara berikut:
2.10.3.1
Dengan perintah dan arahan
Jawatankuasa Kerja.
2.10.3.2
Dengan permintaan bertulis yang
ditandatangani oleh sekurang- kurangnya satu
perempat daripada jumlah ahli biasa menyatakan tujuan-tujuan mereka. Mesyuarat
mesti diadakan dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan permintaan ini.
2.10.4 Pengerusi dan Setiausaha Mesyuarat
Pengerusi dan Setiausaha Mesyuarat Agung Tahunan dan
Mesyuarat Agung Tergempar dipilih dalam Mesyuarat tersebut dari ahli-ahli biasa
yang bukan Jawatankuasa Kerja.
2.10.5 Korum
Sekurang-kurangnya satu perempat daripada jumlah ahli-ahli
biasa perlu hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Tergempar. Sekiranya
didapati kehadiran ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan tidak mencapai korum tersebut
dalam masa dua jam selepas masa yang ditetapkan, mesyuarat mesti ditangguhkan
kepada yang dirasakan sesuai selewat-lewatnya dua minggu kemudian walaupun
tidak cukup korum.
2.10.6 Undi
2.10.6.1 Tiap-tiap
ahli biasa dan ahli bersekutu mempunyai satu undi. Dalam pemilihan Ahli
Jawatankuasa Kerja pengundian dibuat secara sulit.
2.10.6.2 Jawatankuasa
Kerja berhak mengeluarkan senarai calon yang dirasakan sesuai bagi menyandang
Jawatankuasa Kerja untuk sesi berikutnya dan boleh mengumumkan kepada semua
ahli semasa Mesyuarat Agung. Ahli-ahli berhak mencalonkan nama lain dalam
mesyuarat tersebut.
2.10.6.3 Jawatankuasa
Kerja Persatuan yang baru adalah berdasarkan kepada keputusan dalam Mesyuarat
Agung Tahunan.
2.10.7 Hak Ahli-ahli
Jika Mesyuarat Agung Tahunan tidak diadakan seperti yang
termaktub dalam perlembagaan maka ahli-ahli biasa boleh mengadakannya dengan
menurut syarat-syarat di atas.
2.11 Jawatankuasa Kerja
2.11.1
Jawatankuasa Kerja akan terdiri
sekurang-kurangnya daripada Presiden, Timbalan Presiden (Ketua Helwa), Setiausaha,
Bendahari, 2 Biro Kerohanian dan 2 orang ahli Jawatankuasa Kerja lain yang
dipilih di dalam Mesyuarat Agung.
2.11.2
Jawatankuasa Kerja bertanggungjawab
bagi melaksanakan tujuan-tujuan persatuan dan mempunyai kuasa untuk membeli
atau mendapatkan alat-alat perkakas dan barang-barang keperluan dan lain-lain yang
difikirkan perlu untuk mencapai tujuan-tujuan ini.
2.11.3
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja mesti
dihadiri sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa Kerja.
Sekiranya tidak cukup korum, mesyuarat tertangguh seminggu dari tarikh yang
ditetapkan, ketika mana mesyuarat mesti dilangsungkan dengan syarat adanya 3
orang ahli termasuk samada Presiden atau Setiausaha.
2.11.4
Seseorang ahli Jawatankuasa Kerja
yang tidak hadir ke mesyuarat Jawatankuasa Kerja perlu menyatakan
ketidakhadirannya kepada Presiden atau Setiausaha sebelum mesyuarat
berlangsung. Jika seseorang ahli Jawatankuasa Kerja tidak hadir ke mesyuarat sebanyak
tiga kali berturut-turut dalam masa setahun, dia mesti menghantar surat tunjuk
sebab kepada Setiausaha.
2.11.5
Ahli Jawatankuasa Kerja yang
keanggotaannya digantung dengan sendirinya terlucut daripada menjadi Ahli
Jawatankuasa Kerja.
2.12 Jawatankuasa Kecil
Jawatankuasa Kecil boleh dibentuk oleh Jawatankuasa Kerja
yang difikirkan perlu bagi menjalankan tugas-tugasnya.
2.13 Bidang
tugas Jawatankuasa Kerja
2.13.1 Presiden
2.13.1.1 Bertanggungjawab
di atas perjalanan Persatuan dan sebagai pemantau bidang tugas Jawatankuasa
Kerja.
2.13.1.2 Berfungsi
sebagai wakil perhubungan awam Persatuan dengan mana-mana individu atau
pertubuhan lain.
2.13.2 Timbalan Presiden
Membantu Presiden dalam tugas-tugasnya dan memangku jawatan
semasa ketiadaannya.
2.13.3 Ketua HELWA
2.13.3.1
Sebagai ketua kepada semua ahli
perempuan dan juga ketua
kepada ahli Jawatankuasa Kerja perempuan.
2.13.3.2 Bertanggungjawab menganjurkan
program-program di kalangan
ahli perempuan.
2.13.3 Setiausaha
Mentadbirkan Persatuan dan menjalankan lain-lain urusan yang
diarahkan oleh Jawatankuasa Kerja.
2.13.4 Bendahari
2.13.4.1
Menguruskan segala tugas-tugas pentadbiran
kewangan Persatuan.
2.13.4.2
Membentangkan kira-kira yang lengkap
dalam setiap mesyuarat Jawatankuasa
Kerja
2.13.4.3
Menyediakan penyata kira-kira tahunan
untuk dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung Tahunan.
2.13.5 Biro Kerohanian
Bertanggungjawab menganjurkan program-program berunsur
kerohanian khas kepada ahli beragama Islam.
2.15 Tanggungjawab Ahli
Tiap-tiap
ahli biasa bertanggungjawab untuk bekerjasama dengan Jawatankuasa Kerja dalam
melaksanakan tujuan-tujuan Persatuan serta mendukung Perlembagaan Persatuan.
2.16 Kewangan
2.16.1 Tahun
kewangan Persatuan adalah dari tarikh terlantiknya Jawatankuasa Kerja dalam
Mesyuarat Agung Tahunan hingga ke Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya.
2.16.2
Tiap-tiap cek Persatuan (jika ada)
mestilah ditandatangani oleh Bendahari dan Presiden atau Setiausaha.
2.17 Pindaan Perlembagaan
Perlembagaan
ini boleh dipinda hanya di dalam di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat
Agung Tergempar. Notis-notis bagi segala pindaan mesti dihantar kepada
Setiausaha sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat tersebut. Setiausaha
akan mengedarkan cadangan tersebut kepada semua ahli biasa semasa mesyuarat
diadakan. Hanya pindaan yang dapat sokongan sekurang-kurangnya 2/3 (dua
pertiga) dari ahli-ahli biasa yang hadir dalam mesyuarat tersebut saja akan
dibahaskan.
2.18 Hubungan Luar Persatuan
Persatuan
berhak membuat sebarang hubungan dengan mana-mana pertubuhan dalam merealisasikan
objektif Persatuan. Keputusan ini
mestilah diputuskan oleh ahli Jawatankuasa Kerja dengan majoriti dua per tiga.
2.19 Pertukaran Alamat
Adalah
menjadi tanggungjawab setiap ahli untuk memaklumkan kepada Setiausaha berkenaan
pertukaran alamat. Jawatankuasa Kerja tidak bertanggungjawab sekiranya ahli
tersebut tidak menerima notis, pengumuman atau sebarang maklumat dan sebagainya
sekiranya ia tidak berbuat demikian.
2.20 Peraturan Pentadbiran
Jawatankuasa
Kerja Mempunyai Kuasa untuk mengubah dan membuat sebarang peraturan pentadbiran
dari semasa ke semasa untuk difikirkan perlu dan sesuai bagi perjalanan
Persatuan mengikut Perlembagaan.
2.21 Kenyataan Akhbar
Segala
kenyataan akhbar, radio dan televisyen, samada yang dibincangkan dalam
mesyuarat atau berhubung dengan hal-hal umum hanya boleh dibuat bagi pihak
Persatuan oleh Presiden atau seseorang yang ditugaskan oleh Jawatankuasa Kerja.
2.22.1
Persatuan tidak boleh dibubarkan kecuali dengan keputusan yang dibuat oleh sekurang-kurangnya 3/4 (tiga suku) dari
bilangan ahli-ahli biasa.
2.22.2
Sekiranya berlaku pembubaran semua harta kepunyaan, alat-alat kelengkapan, wang
ringgit dan milik Persatuan adalah disedekahkan kepada mana-mana organisasi
kebajikan yang dipersetujui oleh ahli-ahli.
BAB III
PENUTUP
Semoga
dengan terteranya perlembagaan, diharapkan ia dapat menjawab segala persoalan
dan kemusykilan daripada semua pihak terhadap dasar penubuhan PPMC sebagai
badan kebajikan utama kepada pelajar-pelajar mahupun bukan pelajar di Cork.