Article of the Month


Materialisme merujuk kepada sebuah falsafah yang wujud sejak zaman Sumeria dan Greek Purba, dan mula diiktiraf oleh masyarakat pada kurun ke-19. Falsafah ini mempercayai bahawa jisim adalah satu-satunya benda yang wujud di dunia ini, dan setiap peristiwa adalah disebabkan oleh keadaan dan tindak balas aktiviti jisim tersebut. Ciri-ciri penting bagi falsafah ini adalah penolakannya akan kewujudan Tuhan beserta segala kandungan agama. Insan-insan yang membawa falsafah materialisme ini kecil bilangannya dalam sesebuah masyarakat tetapi mereka terdiri daripada golongan intelektual yang menguasai bidang pentadbiran, pendidikan, dan media massa.

Materialisme pada zaman kini dapat dilihat dalam pelbagai bentuk. Seperkara yang harus difikirkan, kesetiaan terhadap pegangan materialisme pada masa ini bukanlah penyebab kepada penafian terhadap kewujudan Tuhan. Terdapat sebilangan besar masyarakat tetap mengakui akan kewujudan Tuhan namun tetap berpegang kepada fahaman materialisme. Al-Quran menjelaskan golongan yang berfikiran seperti ini:


Seperti yang dapat difahami dari ayat di atas, golongan ini mendakwa bahawa mereka percaya kepada Tuhan dan agama-Nya. Akan tetapi, mereka tidak menunjukkan rasa pengagungan mereka terhadap kebesaran-Nya bahkan dalam diam-diam menyekutukan-Nya. 

Sebahagian masyarakat pada hari ini, sama ada sedar atau tidak, dibelenggu pemikiran materialisme. Agama hanya dijadikan sebagai satu aksesori, bukannya sebuah sistem kehidupan yang lengkap. Semakin ramai manusia yang mengejar wang ringgit dan kesenangan dunia. Gaya hidup yang mewah memenuhi setiap aspek budaya dan sosial. Golongan belia lebih mudah terpengaruh dengan sistem pemikiran materialisme disebabkan oleh keterujaan mereka mencari keindahan “superficial”. Mereka disibukkan dengan isu yang remeh temeh seperti kehidupan selebriti dan gosip hiburan dan mengabaikan kepentingan tarbiah naluri yang lebih penting seperti “siapa yang mencipta saya?” atau “apa tujuan saya dicipta?”. 
Sifat ‘wahan’ pernah disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w:


Penyakit wahan ini timbul kerana meresapnya cinta berlebihan terhadap dunia dalam hati seorang muslim. Daripada sifat wahan ini akan wujudnya perasaan takutkan mati sekaligus melahirkan umat Islam yang pengecut. Justeru, jika penyakit ini wujud di dalam hati kita, bagaimana untuk kita menjadi seorang modal insan yang hebat?

Dapat dilihat bahawa falsafah materialisme ini antara yang menyumbang kepada tertanamnya sifat ‘wahan’ di dalam hati umat Islam. Justeru, marilah kita membuat ‘checklist’, adakah kita cenderung kepada perkara yang bersifat kebendaan dan ‘superficial’ ? Jika ya, masih belum terlambat lagi untuk kita bermuhasabah dan memperbaiki diri. 

Marilah kita menghayati perspektif Islam terhadap konsep kebahagiaan dunia dan akhirat. Sesungguhnya Islam tidak mengharamkan dunia dan perhiasannya, akan tetapi menjadikannya sebagai alat untuk mencapai kehidupan dan kebahagiaan akhirat.

Norzakiah Hanim