"Cepat! Cepat! I nak pergi toilet ni ! A menjerit kecil kepada adik lelakinya,Rashid, yang berjalan perlahan di belakangnya.
A sedang on the way pulang ke rumah selepas mengambil adiknya dari pusat tuisyen apabila tiba-tiba perutnya mula main orkestra semasa dia memandu. Dek kerana jarak ke rumah masih berbaki 7 minit, A mengambil keputusan untuk singgah saja di masjid yang berhampiran.
Selepas 8 minit,
" Rashid, cantiknya toilet masjid ni! Dulu tak macam ni pun. Kenapa cantik sangat??" Komen A apabila keluar daripada tandas, kepada adiknya yang pernah bersekolah agama di situ dulu.
Sambil berjalan keluar ke pintu masjid, tangannya pantas mengambil pamphlet Ihya' Ramadhan masjid tersebut.
"Dia orang dah upgrade semua toilet masjid ni kot" jawab Rashid acuh tak acuh.
Awal-awal tadi, dalam kekalutannya hendak ke tandas, tidak terlintas pun di fikirannya sama ada tandas masjid itu cantik atau tidak. Baginya,semua masjid wajib ada tandas dan kalau cantik, itu memang bonus!
Apabila tiba di rumah, fikirannya masih terbayang dengan kecantikan tandas masjid itu.
"My lucky day", kata hati kecilnya.
Sudahlah bersih, cantik pulak tu! Tak ada kesan hitam-hitam tapak kaki, tak ada air bertakung, tempat ambil wuduk luas, cantik dan yang paling penting, flush toilet tak rosak.
Tangannya ligat menyelak helaian pamphlet yang diambilnya tadi.
"Haa, ada pun tulis pasal toilet!"jerit A di dalam hati.
Rupa-rupanya pihak masjid sudah bersepakat untuk membina tandas bertaraf hotel 5 bintang di masjid tersebut. Maklum saja lah, masjid itu sudah lebih 11 tahun umurnya. Banyak aspek yang perlu baik pulih dari segi infrastruktur dan kemudahannya. Mengikut kata penulis, timbul juga rungutan kenapa pihak masjid harus membelanjakan ratusan ribu untuk pembinaan tandas bertaraf hotel 5 bintang. Rationalnya antara Hotel, Istana dan Masjid, tempat mana yang lebih mulia di sisi Allah?
Nah, terjawab sudah persoalan A.
Dia tersenyum puas.
Apa yang penting, sekarang ini dia sudah ada modal nak memancing ibunya ke masjid bulan puasa ni. A tahu ibunya sangat sensitif dengan keadaan tandas masjid. A juga maklum bahawa ramai lagi orang di luar sana yang rasa tak selesa berkunjung ke sesetengah masjid kerana tidak selesa dengan keadaan tandasnya.
Bukan hendak menjadi fussy, tetapi bagi sesetengah pihak yang baru hendak berjinak-jinak ke masjid dan amat mementingkan kebersihan, aspek kebersihan tandas ini amatlah penting. Malah lebih penting daripada aspek "cantik" . Apa-apa yang bersih, mesti nampak cantik dan acceptable.
Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, banyak masjid yang akan membuat kutipan derma bagi menaik taraf keadaan masjid bagi keselesaan para jemaah. Ringan-ringan kan lah tangan untuk menyumbang kerana insyaaAllah, berkat yang akan kita peroleh akan berterusan mengalir selagi mana para jemaah masjid menggunakan kemudahan masjid tersebut.
Saya juga berpegang kepada konsep, you'll get back what you give to others. Jika kita mengamalkan sikap leave the toilet in its best state after using it, saya yakin setiap kali kita masuk mana-mana tandas pun, tandas itu akan berada dalam keadaannya yang paling baik untuk kita gunakan.
"Tandas oh tandas, kenapa engkau bersih?
Macam mana aku tak bersih, engkau yang guna aku, engkau yang guna aku"
-------
Gunakanlah peluang kita untuk beramal dalam bulan Ramadhan ini dengan sepenuhnya :)
Wallahu'alam,
Semoga niat baik anda untuk bersedekah walau sekecil mana pun di balas dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah yang Maha Melihat dan Maha Halus sifatnya.
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya
[Al Baqarah : 216]