Pencalonan Exco PPMC 2014 *UPDATE*


Assalamualaikum wrt wbt. 

Saya, Ahmad Izdihar Muhamad (Adi) telah dilantik sebagai SPR bagi proses pemilihan Exco PPMC sesi 2014/2015. Sehubungan
itu, saya ingin membuka pencalonan bermula sekarang. Pencalonan boleh dihantar melalui pautan di bawah seperti berikut:


1 nama lelaki untuk Presiden
1 nama perempuan untuk Timbalan Presiden
5 nama exco lelaki
5 nama exco perempuan

Calon akan dihubungi menjelang AGM untuk persetujuan. Adalah sangat digalakkan untuk mencadangkan nama calon yang terbaik pada hemat anda semua, dan pada masa yang sama, sila ambil kira persetujuan mereka untuk dicalonkan bagi memudahkan proses pemilihan nanti. Terima kasih.

PPMC for all!