Kursus Pengurusan Jenazah
























Assalamualaikum wrt wbt,

Untuk makluman semua, pihak PPMC ingin menjemput semua warga Cork yang beragama Islam untuk menghadiri Kursus Pengurusan Jenazah, “Bil Terakhir: Sudahkah Anda Bersedia?” . Berikut adalah maklumat bagi kursus tersebut:

Tarikh: 3 Mac 2012 (Sabtu)
Masa : 10.00AM - 3.00PM

10.00AM - 1.00PM : Pengisian & demo oleh ustaz
1.00PM - 2.00PM : Solat Zohor & Makan tengahari
2.00PM – 3.00PM: Sesi praktikal

Tempat : Brookfield Health Science Complex (BHSC) – Tempat spesifik akan diberitahu kemudian.

Makanan tengahari disediakan.

Ramai di kalangan generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada generasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu? Dengan adanya panduan-panduan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada kita jika berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu menguruskannya. Marilah kita memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita. InsyaAllah kita sama-sama berusaha untuk menjadi anak yang soleh/solehah yang mampu menjalankan tanggungjawab kita sehingga saat-saat terakhir ibu bapa kita berada di dunia ini.

Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariyahnya atau ilmunya yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya.” (Hadith Sahih Muslim no: 1631) 

Jazakumullahu khairan jazaa.