Bismillahirrahmaanirrahim
To all PPMC family,
Alhamdulillah, thummal hamdulillah. Tak terhitung rasanya syukur dikurniakan nikmat Ramadan lagi untuk tahun ini. InsyaAllah bagi yang akan menyambutnya di Cork, 1 Ramadan 1433H akan jatuh pada hari jumaat, 20 Julai 2012. Ini bermakna solat Tarawih yang pertama akan diadakan pada malam khamis, 19 Julai 2012 :)
Memetik tulisan Dr MAZA, waktu berpuasa dalam musim summer ini agak panjang. Subuh bermula pada jam 3 pagi dan maghrib pula pada jam 9.15 malam. Hanya enam jam ruang yang ada. Waktu malam begitu pendek. Jika dicampur segala aktiviti; iftar, solat maghrib, isyak, tarawih dan sahur tentu amat sedikit ruangannya. Ditambah lagi dengan masa untuk membaca al-Quran dan ibadah yang lain, maka tentu lebih sempit ruangan masanya.
Namun masa itu relatif. Jika Allah memberkati, waktu yang pendek mempunyai ruang yang luas dan amat bermanfaat. Jika DIA tidak memberkati, waktu yang banyak menjadi sempit dan terbatas. Maka, ada manusia yang panjang umur, tiada hasil yang dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Ada yang pendek umurnya, tetapi mempunyai hasil kerja yang bermanfaat yang banyak.
Apabilah Allah menggantungkan BARAKAH kepada apa sahaja perkara dalam diri kita, seperti MASA yang kita gunakan, MAKANAN yang kita makan, dsb, walaupun mungkin masa atau makanan yang kita ada itu sedikit, tetapi dengan barakah insyaAllah perkara2 tersebut akan dirasakan mencukupi dan sangat bermanfaat. Sebab itulah bulan yang mulia ini dipanggil Ramadan Mubaarak. Kerana padanya terdapat 1001 barakah yang Allah sediakan. Setiap titik peluk usaha, setiap detik masa yang digunakan, insyaAllah ganjarannya berlipat ganda.
Selamat menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh kesyukuran. Selamat mengimarahkan bulan ini dengan amal ibadah dan amal soleh. Semoga kita semua dapat manfaatkan setiap masa yang ada sebaiknya.
Ahlan wa sahlan wa marhaban, ya Ramadan...
PPMC exco