SPB 2012: The Community in Cork City



















Assalamualaikum wrt wbt, post ini akan menerangkan serba sedikit kepada adik-adik yang akan selamat sampai ke Cork tahun ini mengenai komuniti yang ada di Cork.

Masyarakat disini terdiri daripada pelbagai latarbelakang yang berlainan baik dari segi agama, kaum dan budaya. Umat islam disini boleh dikatakan cukup ramai dan kebanyakan mereka datang dari Negara timur tengah. Kita sendiri boleh melihat berduyun-duyun umat islam akan membanjiri masjid Togher pada hari jumaat untuk menunaikan solat jumaat. Selain itu juga, Peningkatan masyarakat islam disini dapat dilihat dengan peningkatan kedai-kedai makanan halal yang sekarang ini mudah di dapati di Cork.

Dari sudut kaum pula, boleh dikatakan kaum melayu merupakan kaum paling ramai yang berasal dari Malaysia. Mereka disini ada yang bekerja sebagai chef, tukang gunting rambut dan tak lupa para pelajar yang melanjutkan pelajaran disini. Hubungan antara pekerja ini dengan pelajar amatlah baik dan ia dapat ditunjukkan melalui pelbagai aktiviti yang diadakan bersama seperti futsal dan badminton yang diadakan setiap minggu dan juga sambutan Hari Raya Aidiladha yang merupakan kerjasama PPMC (Persatuan Pelajar  Malaysia Cork) dan juga WMC (Warga Malaysia Cork). WMC merupakan satu persatuan yang dianggotai oleh warga Malaysia yang bekerja di Cork. Kita disini hidup dalam suasana penuh dengan warna-warni dengan adanya pekerja dan juga pelajar yang saling bantu membantu antara satu sama lain.

Dengan adanya pelbagai lapisan masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama di cork. Suasana dan budaya yang ada di Malaysia tidaklah jauh berbeza dengan suasana di Cork. Kita masih lagi mengamalkan budaya kunjung-mengunjung dan juga beberapa program seperti Pasar Malam yang mewujudkan suasana seperti di Malaysia. Kami disini, merasakan komuniti disini mempunyai banyak persamaan dengan suasana di Malaysia. Diharapkan pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran tidak lama lagi, tidak sabar untuk bersama-sama memeriahkan lagi suasana di Cork dengan pelbagai telatah dan suka-duka sebagai masyarakat Cork. 

Amirul Asyrof
Exco Kerohanian PPMC