Kelebihan Berpuasa Enam Hari Dalam Syawal






















PUASA ENAM

Puasa enam hari dalam bulan syawal selepas fardhu ramadhan amat dikenali sebagai puasa enam di kalangan umat Islam di Malaysia. Puasa enam sangat digalakkan untuk dilakukan kerana mempunyai kelebihan yang amat besar.

Kelebihan berpuasa enam hari dalam Syawwal

1. Berpuasa sebulan ramadhan kemudian diikuti pula dengan 6 hari dalam bulan syawwal seperti puasa setahun penuh.

قال الرسول صلى الله عليه وسلم (صيام رمضان بعشرة اشهر,وصيام ستة ايام بشهرين,فذلك صيام سنة)

" Puasa ramadhan (seperti) puasa selama 10 bulan,dan puasa 6 hari(iaitu syawwal) seperti puasa 2 bulan,maka demikian(seperti) puasa setahun(12 bulan)”

2. Puasa enam adalah satu tanda bahawa puasa kita dalam bulan ramadhan diterima oleh ALLAH S.W.T kerana ALLAH S.W.T apabila DIA menerima amalan seseorang hamba,maka DIA akan menolong hambaNYA itu untuk melakukan amalan soleh yang lain.Contohnya solat sunat yang dilakukan selepas solat fardhu serta puasa sunat yang di lakukan selepas puasa fardhu.

3. Puasa enam juga adalah tanda kita bersyukur kepada ALLAH S.W.T kerana telah memberi taufiq kepada kita untuk berpuasa penuh dalam ramadhan serta tanda syukur kita kerana dengan puasa ramadhan dosa-dosa kita (dosa kecil) yang telah lalu telah diampunkan.

RASUULULLAH S.A.W sendiri walaupun ALLAH S.W.T telah mengampunkan dosa-dosa baginda yang telah lalu dan akan datang,baginda tetap melakukan amal ibadat dengan bersungguh-sungguh seperti solat malam sehingga bengkak kaki.Begitu juga yang di lakukan oleh salafussoleh apabila mereka di beri taufiq untuk melakukan solat malam,mereka akan berpuasa pula pada waktu siang kerana bersyukur dapat beribadat pada waktu malam.

4. Puasa enam melambangkan bahawa kita suka kepada ramadhan dan puasa.Ramai dikalangan umat Islam yang bergembira apabila habisnya ramadhan kerana tidak lagi perlu berpuasa dan menahan lapar serta dahaga.

Orang yang berpuasa enam menunjukkan bahawa dia suka berpuasa dan membuktikan bahawa kewajipan berpuasa ramadhan bukanlah satu bebanan bahkan satu nikmat yang besar yang tidak dirasai oleh ramai orang lain.

ISTIQAMAH BERAMAL MENDEKATKAN DIRI PADA ALLAH S.W.T
Sesungguhnya amalan-amalan kebajikan yang kita lakukan dalam bulan ramadhan janganlah ditinggalkan apabila berakhirnya ramadhan.teruskan sehingga akhir hayat kita kerana ramadhan adalah satu program didikan yang diatur oleh ALLAH S.W.T agar umat Islam seluruhnya menjadi insan yang bertaqwa sebagaimana yang di sebut di dalam surah Al-Baqarah.

Antara amalan yang biasa dilaksanakan secara istiqamah dalam bulan ramadhan:

- Membaca Al-Quran dan mengkhatamkannya dalam tempoh sebulan.
- Banyak beri’tikaf di masjid.
- Melakukan solat sunat.
- Bersedeqah.
- Banyak berzikir.
- Menjaga diri daripada banyak melakukan perkara yang mengurangkan pahala puasa.


Semoga ALLAH S.W.T menetapkan hati kita untuk terus melakukan amal ibadat sehingga kita benar-benar menjadi insan yang bertaqwa sebagaimana yang dikehendaki oleh ALLAH S.W.T.

كان الرسول صلى الله عليه وسلم يقول ( اللهم يا مُثَبِّتَ القلوب ثَبِّتْ قلوبَنا على طاعتِك)

RASUULULLAH S.A.W sentiasa berdoa,” Wahai ALLAH yang menetapkan hati,tetapkan hati kami untuk sentiasa taat padaMU”

Rujukan :
• Lathaaiful Ma’aarif
• Tafsir Al-Qurtubi


Sumber artikel : http://ubs-pmram.blogspot.ie