PERJUMPAAN BERSAMA PENGARAH MARA 2015
















Adalah dimaklumkan bahawa perjumpaan Pengarah Mara Ireland dengan semua pelajar 
UCC semua jurusan akan di adakan pada 12 hb Sept hari Sabtu ini, Jadual perjumpaan 
adalah seperti berikut.

9.00am-  Pelajar Tahun Satu
10.00am- Pelajar Tahun Dua
11.00am- Pelajar Tahun Tiga
12.00pm- Pelajar Tahun Empat
1.00pm- Rehat Jamuan Makan Tengah Hari & Solat Zohor (Semua pelajar tahun 1-5)
2.30pm- Pelajar Tahun Akhir
3.00pm- Pelajar Ulang Tahun ( repeat year)

Tempat- BHSC G10
Kehadiran- WAJIB untuk semua pelajar MARA semua jurusan

Sila lapor diri sebelum perjumpaan di masa yang ditetapkan dan semua pelajar perlu 
membawa keputusan peperiksaan yang terkini (tahun yang lepas). Sila pastikan 
pelajar menulis nama dan no rujukan MARA dan no universiti pelajar di atas
keputusan tersebut. Pihak MARA Ireland akan mengutip sewaktu pendaftaran pelajar.

Sekiranya terdapat pertanyaan atau sebarang masalah sila kemukakan sewaktu perjumpaan 
tersebut. Sebarang permohonan tuntutan dan elaun boleh diserahkan sewaktu perjumpaan.

Semua pelajar tahun satu dikehendaki menghantar dokumen2 pendaftaran. Sila rujuk 
dokumen yang perlu di laman blog ini.

Sekiranya pelajar tidak dapat hadir pelajar wajib datang ke pejabat dan menghantar surat
rasmi menyatakan ketidakhadiran pelajar sebelum perjumpaan tersebut. Kelulusan 
ketidakhadiran adalah ditangan Pengarah sendiri. Tindakan disiplin akan dikenakan 
sekiranya pelajar tidak mematuhi arahan.

Terima kasih
MARA Ireland

Source: blog MARA IRELAND