Tabung Bencana Alam-Banjir (UK & Eire) - BeliaSiswa



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, 

Pertubuhan Belia Mahasiswa Bersatu (BeliaSiswa) akan melaksanakan kutipan tabung bencana alam bagi membantu seberapa yang boleh meringankan beban penduduk yang dilanda banjir terutamanya di pantai timur. 

Kutipan ini akan dilaksanakan di United Kingdom dan Ireland, dan dibawah ini disertakan maklumat akaun bank bagi sesiapa yang berhajat untuk menderma *kami menggalakkan sumbangan wang ringgit kerana sumbangan berbentuk fizikal seperti baju dll amatlah sukar untuk diuruskan dari luar negara*

Maklumat sumbangan bagi di United Kingdom

Nama: Hisham
No. Akaun : 22266268
Sort-Code: 30-91-83
Rujukan (reference) : Banjir


Maklumat sumbangan bagi di Ireland

Nama: Anuar Ramli
NSC: 937436
Account Number:75644077
BIC: AIBKIE2D
IBAN:IE76AIBK93743675644077
Reference: Banjir


Maklumat sumbangan bagi di Canada

interac ke: khairuf@mcmaster.ca
mesej pasccode ke Feymi Azmi di Facebook atau emel passcode ke khairuf@mcmaster.ca

*depa transfer duit guna email*

Segala wang yang dikumpul akan diberikan kepada wakil sukarelawan yang akan ke kawasan banjir melalui kaedah Western Union dan segala kos penghantaran akan ditanggung sepenuhnya oleh BeliaSiswa. (inshaAllah, kami memang percaya 100% dengan wakil sukarelawan ini dan segala wang yang diberikan tidak akan diambil untuk kepentingan peribadi*.

Walaubagaimanapun, harus diingat, tarikh terakhir untuk menderma adalah pada
7 HARI BULAN 12 (7/12) 2013 jam 12.00 malam. Ini bagi membolehkan wakil sukarelawan di Malaysia membeli segala keperluan yang dirasakan perlu bagi membantu mangsa banjir ini. 

Segala wang yang disalurkan selepas waktu ini, akan digunakan untuk aktiviti sukarelawan yang lain, inshaAllah. 

Kami sangat berharap mahasiswa di United Kingdom dan Ireland dapat memberikan sokongan kepada projek ini dan sekaligus membantu meringankan beban mangsa banjir pada tahun ini.. 

.."Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya)..." [2:215]

'..Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya... [99: 7]

Segala sumbangan amatlah kami hargai tersangat-sangat dan semoga Allah SWT membalas jasa kalian semua dalam membantu golongan yang ditimpa banjir ini..inshaAllah.

Terima kasihhh!