Hakim hanya duduk
bersantai di kerusi panjang itu . Meluaskan depa tangan memenuhi tempat
duduk. Silau matahari tidak menggugah perasaan. Di hadapannya taman rumput hijau dihiasi deretan-deretan bunga
yang baru lahir . Hari ini cerah . Bukan perkara biasa di bumi Leprechaun
ujarnya di dalam hati . Lantas
kesempatan itu digunakan untuk menghirup dan menikmati udara segar , dibiarkan
penuh di dada , membugar di otak .
“Best kan cuaca cerah macam ni ? ”
Hakim tersentap
tanpa menoleh. Hanya lirik mata yang dipicingkan . Satu suara yang tidak asing
baginya . “Macam mana kau cari aku ?”
“ Musim bunga .
Cantikkan ? Terjadi bila berlakunya perubahan paksi bumi yang sentiasa
berubah-ubah setiap tahun. Hadir selepas musim yang dingin memberi kegembiraan
pada banyak orang . Menjadi simbol untuk kelahiran semula dan pembaharuan dalam
masyarakat Barat . Tapi tak semestinya semua orang sentiasa gembira kan ?”
Membalas soalan dengan soalan tanpa menjawab pertanyaan. Telahpun duduk di
sebelah Hakim .
Hakim tidak
menjawab melainkan hembusan nafas yang menakung di dada . Kedua-duanya
menghalakan pandangan ke arah tengah taman di mana kanak-kanak dibiarkan
bermain riang di bawah pengawasan ibu bapa mereka. Hakim terangguk-angguk
sendiri .
“Tak semua
orang gembira, sebab tak mungkin semua manusia mencari benda yang sama dalam
hidup. Kau gembira ? ” Permainan persoalan berlaku antara mereka .
Masing-masing sedang bermain bicara .
“Kau nampak
budak-budak tu? ” kata lelaki itu sambil menuding jari ke arah kanak-kanak yang
sedang leka bermain di tengah taman . “ Kau rasa sebab apa diorang suka sangat
? Sebab diorang dapat apa yang diorang suka ; bermain. ” Soal lelaki itu yang
dijawabnya sendiri .
“So ? ” Hakim mahukan kepastian apa yang
cuba disampaikan .
“Cuba lihat di
sana pula .” Memuncungkan bibir ke arah satu sudut di taman itu . Kelihatan
seorang budak sedang merengek sambil dipujuk ibunya . Sebentar tadi budak itu
telah terjatuh daripada buaian sebelum didukung ibunya . “Budak tadi happy saja bermain buaian tadi tapi
sekarang menangis . Dia dapat apa yang dia nak tapi kenapa tak gembira ?”
Hakim
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal . Lelaki tadi hanya tersenyum-senyum
menunggu jawapan Harith . “Ah, banyak pula persoalannya yang perlu
dirungkaikan.” keluh Hakim di dalam hati . Otaknya ligat berfikir .
“Its not what the kid expected to get when he
played the swings . Jadi budak tu menangis lah! ” Hakim membuat satu
andaian . Dia seperti dapat mengagak apa yang cuba disampaikan lelaki itu .
“Jadi ko dah
dapat apa yang aku nak sampaikan ?” tanya lelaki itu sambil menoleh kepadanya .
“Oh, kalau kau nak cuba sampaikan pasal test
hari tu tak apalah . Im okay and positive
. Aku tahu semuanya bukan hanya tentang apa yang kita suka tapi tentang apa
yang terbaik untuk kita . Aku redha.” balas Hakim sambil cuba melarikan
pandangannya . Dalam diam air matanya berkaca di mata. Di hatinya terdapat luka
yang masih pedih dengan pahitnya kegagalan.
Lelaki itu yang
sedar perubahan itu lalu mendiamkan diri . Membiarkan Hakim melayan perasaannya
sebentar . Kesunyian menyelubungi suasana . Deruan angin dingin menambahkan
lagi kengiluan detik itu . Masing-masing cuba mendapatkan kembali rentak keceriaan
hari itu yang dirampas sebentar tadi.
“Eh Hakim cuba
lihat ibunya pula ,dari tadi sentiasa
memujuk dan memberi kekuatan kepada anaknya tanpa rasa jemu. Menarikkan ? Nah,
di kala kita kesedihan hilang tempat panduan siapa pula nak bantu kita? ” Lelaki
itu memecahkan kesunyian .Hakim terkelu memikirkan jawapan .Fikirannya masih
kusut . Tidak semena-mena lelaki itu menudingkan jari ke arah dada Hakim dan
berkata “ Dekat sini lah jawapannya. Tepuk dada tanya iman.”
Hakim acuh tidak
acuh dengan perbualan itu .Masih seperti tadi , bertungkus lumus melawan
perasaannya. Cuma kepalanya kali ini yang didongak ke langit , memandang
birunya langit umpama sebuah lautan .Sekali sekala sekolompok awan berlalu
membawa mendung cahaya . Fikirnya tentu ada bicara alam ingin memberitahu
manusia . Tentu ada perekanya hendak menyampaikan berita . Tetapi hanya untuk
orang yang ingin benar-benar membuka minda.
“Sudah lah Hakim,
aku macam bercakap seorang saja. Aku baliklah macam ni.”ujar lelaki itu dengan
nada seperti putus asa.
“Habis tu kau
nak aku buat apa?” Soal Hakim pula. Lelaki itu tersenyum lantas kembali duduk .
Tidak jadi meninggalkan Hakim keseorangan. Perbualan harus diteruskan.
Hakim dan lelaki
itu mengangkat kedua-dua kaki mereka dengan serentak.
“Im sorry for that.”Seorang lelaki tua
meminta maaf. Seekor anjing berlalu meninggalkan mereka bersama lelaki tua
tersebut. Dibiarnya anjing itu mendahului tuan tidak bertali . Bebas
merayau-rayau di taman itu.
“Hmm.. macam
mana ya? ”. Mengerutkan dahinya berfikir. Hakim ternanti-nantikan jawapan.
“Aha, jangan jadi macam anjing tadi.” Ujar
lelaki itu selamba. Hakim terpinga-pinga seperti tidak percaya. “Seriously
? Random gila dia ni !”Monolog fikirannya yang tidak dapat menghadam
permainan hiperbola itu.
Lelaki itu
ketawa . “Memang tak masuk akal. Tapi betul. Fikirkan, anjing tadi dilepaskan,
pergi ke mana dia mahu. Seperti tiada hala tuju . Dan kau…” Katanya sambil
menuding jari kepada Hakim “ Ada tujuan hidup. Kalau kau ambil test tu untuk tujuan dunia, kau rasa kau
akan gembira macam tu?”
Hakim tergamam.
Hatinya bagai disentap. Kegembiraan yang dicarinya selama ini rupanya hanya
ilusi. Hatinya mungkin telah berasa gembira tetapi kegembiraan yang boleh
lenyap hanya dalam sekelip mata. Yang perlu dicari ialah kegembiraan hakiki.
“Ok dah lama
sangat spend masa ni. Diorang yang
lain dah tunggu .” Kata lelaki itu.
“Diorang tunggu
aku? Kenapa tak study dulu?” tanya
Hakim.
“Siapa kata tunggu kau ? Diorang tunggu aku
lah. ” Lelaki itu terus bergerak mengambil beg sandang dan terus berjalan.
Meninggalkan Hakim dengan senyuman yang meleret ke pipi.
Hakim
tersenyum gembira. Mengejar lelaki itu .
“Tunggu !”
Aiman Muhammad