Mari
bersama aku, kita menyelak helaian memori silam. Ingat lagi aktiviti yang
selalu kita buat sewaktu di tadika? Aku yakin kesemua daripada kita menjawab
“melukis” sebagai aktiviti yang paling utama satu ketika dulu. Sedar atau
tidak, hanya sebilangan daripada kita yang pandai melukis. Walau bagaimanapun,
kita tidak pernah berhenti melukis, walau yang mampu dilukis hanyalah orang
lidi, sawah terbentang luas yang terhampar di depan bukit tinggi, dimana muncul
matahari ditengah-tengahnya.
Pernah kamu terfikir kenapa
kanak-kanak sangat khusyuk melukis tidak kira masa dan ketika? Sejak kecil,
Allah telak menjentik imaginasi ke dalam hidup kita. Jadi, imaginasi itulah
yang kita lakarkan di atas keras-kertas kosong. Kita alirkan warna-warna di
atasnya, merubah kertas putih yang hambar menjadi kertas bercorak yang sangat
ceria. Hebat sekali cipataan Allah, itulah kita yang bernama manusia.
Walau
bagaimanapun, aku perhatikan, sifat itu semakin hilang dalam diri kita. Bukan,
bukan hobi melukis itu yang aku maksudkan, tetapi aku maksudkan daya
berimaginasi itu yang hilang dari hidup kita. Pasti ramai yang tertanya-tanya
kenapa aku berpendapat sedemikian, dan mungkin juga ada yang sedang
memuncungkan mulut sekarang ini dek kerana berbeza pendapat dengan aku. Sabar,
mari aku terangkan satu persatu.
Sejak
kita menjejak ke alam persekolahan yakni tahun 1, sedar atau tidak, kita telah
didoktrinkan untuk mendapat semua A dalam peperiksaan. Jangan terkejut jika
anda melihat kanak-kanak dihantar ke pusat tusyen seawal umur 7 tahun. Masalahnya
bukan kerana ‘A’ itu, tetapi masalahnya timbul apabila kanak-kanak seperti kita
terpaksa melupakan imaginasi untuk larut ke dalam kehidupan yang telah
dicorakkan oleh persekitaran. Ah, kesian! Kita adalah mangsa keadaan.
Ke mana hilang daya imaginasimu,
bukankah kita mampu menggunakan kekuatan itu untuk mencorakkan kehidupan
sendiri?
Akhir
sekali, aku ingin mengajak kamu bersama-samaku, mari kita menggali semula daya
imaginasi itu. Kita ada hak untuk mencorakkan kehidupan sendiri, kita ada hak
untuk melakar masa depan yang jauh lebih baik daripada sekarang, kita ada hak untuk menentukan pengakhiran
hidup sendiri. Hidup ini bukannya untuk membesarkan typical muslim, typical
Malaysia, typical manusia, tetapi
hidup ini akan menyaksikan lahirnya seorang manusia yang hebat seperti
“the-future-you”
Masihkah
kamu ingat tentang satu firman Nabi Muhammad SAW?
“Manusia seperti logam. Terpilihnya dia semasa jahiliyah, terpilih juga
semasa Islam. Sekiranya mereka faham” (HR Bukhari)
Kita semua adalah logam, tapi malangnya
persekitaran hidup memalapkan sinaran kita. Ayuh, bangkitkan daya imaginasi
dalam dirimu, minta pada Tuhan satu kertas baru, mari bersama kita melukis hidup
kita, hidup yang baru.
Kita tidak selamanya mahu menjadi
mangsa keadaan, bukan?
*senyum*
Pendapat marhaen,
HZ